Sambutan Maulidur Rasul 1437H Peringkat IKTBN Dusun Tua

Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijrah peringkat IKTBN Dusun Tua telah diadakan pada 22 Januari 2016. Ia merupakan anjuran bersama KESKEB dan Masjid As-Syabab. Bahagian Penyelenggaraan Kereta telah menghantar satu kontinjen bagi menyertai perarakan pada hari tersebut yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan tenaga pengajar bersama-sama semua pelajar daripada semua semester.







Pelajar Sesi 1/2016


Pelajar-pelajar kemasukan sesi 1/2016 telah melaporkan diri ke IKTBN Dusun Tua pada 5 Januari. Seramai 24 orang calon telah terpilih untuk ke kursus bahagian Penyelenggaran Kereta. Minggu anjakan paradigma telah dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar selama seminggu. Pada 11 Januari pelajar-pelajar berkenaan telah melaporkan diri ke bengkel Penyelenggaraan Kereta.



Sesi suai kenal oleh Ketua Bahagian PK



Barisan tenaga pengajar memperkenalkan diri

PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2015

Peperiksaan Akhir IKBN Sesi 2/2015 telah dijalankan pada 07 - 18 Disember 2015. Seramai 86 calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Pecahan pelajar mengikut Semester adalah seperti berikut :
Tahap 1 Semester 1 = 30 calon
Tahap 3 Semester 3 = 40 calon
Tahap 3 Semester 4 = 16 calon
Peperiksaan sesi ini bermula dengan Subjek Umum dan diikuti Subjek Teknikal.




Pengenalan

Bahagian Penyelenggaraan Kereta menawarkan kursus Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta). Dijalankan selama 24 bulan + 3 bulan latihan industri.

Calon akan mengikuti latihan secara latihan vokasional meliputi 70% latihan amali dan 30% pembelajaran teori.

Calon akan dianugerahkan Sijil Lanjutan Teknologi daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan serta Sijil Kemahiran Malaysia TP-300-3 Juruteknik Kanan Kenderaan Motor daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.