Jamuan akhir tahun 2016

Selepas tamat peperiksaan akhir, pelajar-pelajar telah mengadakan jamuan akhir tahun. Jamuan telah diadakan dibengkel. Turut hadir ialah Pn. Pengarah dan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan. Tahniah dan syabas kepada pelajar diatas kejayaan pada peperiksaan akhir.










Peperiksaan Akhir sesi 2/2016

Pada 13 hingga 23 Disember yang lalu telah berlangsung peperiksaan akhir sesi 2/2016. Pelajar-pelajar menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran subjek umum dan teknikal merangkumi teori dan amali akhir.

Pengawas luaran menyemak rekod bukti pencapaian

Pelajar semester 2 menjalani amali akhir 1

\
Menjawab soalan pendawaian elektrik

Kerja-kerja menguji motor penghidup

Memeriksa motor penghidup

Pengawas peperiksaan menguji calon

Amali lampu utama

Kursus Separuh Masa

Bahagian Penyelenggaaraan Kereta menawarkan kursus separuh masa.
Kursus dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Disertakan iklan tersebut dibawah.



Stop The Crash

Pada 30 November, tenaga pengajar telah menyertai program Stop The Crash di Litar Antarabangsa Sepang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi terkini pada kenderaan untuk mengelakkan kemalangan. Ia adalah anjuran Global NCAP bersama ASEAN NCAP. Ia adalah acara pertama diperingkat ASEAN.

Barisan tenaga pengajar 

Taklimat di check point pertama

Penerangan lokasi 


Pelan lokasi 

Papan tanda check point yang perlu dilawati



Program Bicara Automobil Nasional Siri 2

Pada 17 November yang lalu, Jabatan Muzium Malaysia telah menjemput pelajar-pelajar beserta tenaga pengajar mengikuti Program Bicara Automobil Nasional siri 2. Ia bertempat di Muzium Automobil Nasional, Litar Antarabangsa Sepang. Dua orang penceramah dari Proton Research & Development telah sudi memberi taklimat pada hari tersebut. Jutaan penghargaan diucapkan kepada pihak muzium.

Pelajar berbaris pagi di perkarangan pejabat kenderaan

Pintu masuk muzium automobil nasional

Check in 


Penceramah pertama 
Tajuk : Teknologi Keselamatan Kenderaan


Penceramah kedua 
Tajuk : Kaedah Pembangunan Kejuruteraan Bagi Kenderaan Penumpang

Penerangan mengenai pembuatan kereta

 
Pelajar-pelajar tekun mendengar taklimat

Penyampaian sijil oleh pengurus muzium

Sesi bergambar selepas program




Papan Tanda 2016

Pada 20 Oktober, Ketua Bahagian PK iaitu En. Badrulhisyam telah melahirkan idea untuk membina papan tanda yang amat kreatif. Justeru itu, kerja-kerja pembinaannya telah bermula bersama-sama pelajar. Ia idea yang amat unik. Tahniah kepada pasukan yang sukarela membantu merealisasikan idea ini.

Kerja-kerja mengimpal 

Memotong huruf blok

Kerja-kerja mengecat

Menyusun huruf-huruf yang siap dicat

Papan tanda bengkel PK


Tahniah kepada En. Bad dan pasukan sukarela

Terbaik...

Minggu Inovasi Negeri Selangor

Pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu, projek Oil Water Separator telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Inovasi negeri Selangor yang berlangsung di FOYER, Tingkat Bawah, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Ia adalah anjuran kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Shah Alam. IKTBN Dusun Tua telah berjaya menghantar dua projek iaitu daripada Bahagian PK sendiri serta Bahagian Kimpalan daripada Jabatan Teknologi Mekanikal. Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Badrulhisyam penyelia projek OWS serta pelajar-pelajar kerana telah berjaya ke peringkat akhir ini.

Minggu Inovasi Negeri Selangor 2016

Pasukan inovasi bergambar bersama Pn. Pengarah


 Pengarah IKTBN Dusun Tua melawat pada hari  Selasa, 11 Oktober 2016


Persembahan kepada juri pertama pada hari Isnin, 10 Oktober 2016

Juri melihat kefungsian mesin

Persembahan kepada juri ke-2 pada hari Selasa, 11 Oktober 2016

Demonstrasi kefungsian OWS kepada juri ke-2







Pertandingan Inovasi & Rekacipta Peringkat ILKBS

Pada 5 Oktober, projek OWS telah menyertai pertandingan inovasi & rekacipta peringkat ILKBS. Ia diadakan diruang legar KBS. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan. Terima kasih dan syabas kepada penyelia projek iaitu En. Badrulhisyam Bin Ismail.

En. Bad bersama pelajar-pelajar

Sesi pembentangan

Demonstrasi projek

Sambutan Jubli Emas IKTBN Dusun Tua

Pada 30 September telah berlangsung sambutan jubli emas meraikan usia 50 tahun IKTBN Dusun Tua. Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB En. Khairy Jamaluddin telah merasmikan sambutan tersebut di dewan besar. Turut serta ialah KSU Kementerian Belia dan Sukan, Dato' Lokman Hakim Bin Ali. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja IKTBN kerana bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk meraikan acara gilang gemilang ini. Terbaik.

Barisan tetamu kehormat

YB En. Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan

Pentas utama di dewan besar

Sidang akhbar