Minggu Inovasi Negeri Selangor

Pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu, projek Oil Water Separator telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Inovasi negeri Selangor yang berlangsung di FOYER, Tingkat Bawah, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Ia adalah anjuran kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Shah Alam. IKTBN Dusun Tua telah berjaya menghantar dua projek iaitu daripada Bahagian PK sendiri serta Bahagian Kimpalan daripada Jabatan Teknologi Mekanikal. Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Badrulhisyam penyelia projek OWS serta pelajar-pelajar kerana telah berjaya ke peringkat akhir ini.

Minggu Inovasi Negeri Selangor 2016

Pasukan inovasi bergambar bersama Pn. Pengarah


 Pengarah IKTBN Dusun Tua melawat pada hari  Selasa, 11 Oktober 2016


Persembahan kepada juri pertama pada hari Isnin, 10 Oktober 2016

Juri melihat kefungsian mesin

Persembahan kepada juri ke-2 pada hari Selasa, 11 Oktober 2016

Demonstrasi kefungsian OWS kepada juri ke-2