Pada 25 Mac 2017 projek Oil Water Seperator (OWS) telah menyertai Pertandingan Rekacipta Kreatif bersempena Hari Air Sedunia 2017. Ia telah diadakan di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sesuai dengan tema iaitu Wastewater, projek ini telah berjaya mendapat naib johan. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Tahniah diucapkan kepada penyelia projek En. Badrulhisyam bersama pelajar-pelajar yang terlibat. Usaha dan kesungguhan kini terbalas.
Pertandingan Rekacipta Kreatif
Pentas utama
Pasukan membuat persediaan
En. Badrulhisyam bersama pelajar-pelajar
Tahniah kepada pasukan
Bersama penyelaras En. Nik Syaiful
Sijil dan trofi pertandingan
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia menyampaikan hadiah